151 PEGAWAI PENGUATKUASA DIPECAT - NAZRI

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Seramai 151 anggota penguatkuasa
berpangkat pegawai dipecat dari 2008 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
    Daripada jumlah itu, seramai 51 orang dipecat pada 2008 iaitu lapan dari
Kastam Diraja Malaysia (KDRM), lima (Jabatan Imigresen) dan 38 anggota Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
"Seramai 44 lagi dibuang kerja pada 2009 iaitu sembilan pegawai KDRM dan 35
anggota PDRM ," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut)
pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
     Katanya seramai 56 orang lagi diberhentikan kerja pada 2010, yang meliputi
47 pegawai PDRM dan sembilan daripada Jabatan Imigresen. -- BERNAMA