Bapa tidur, bayi dibaham anjing

RIDGEVILLE: Seorang bayi berusia dua bulan mati selepas dibaham anjing peliharaan keluarganya ketika bapa nyenyak tidur dan ibu di klinik bersama-sama seorang anak yang lain.
Aiden Lee McGrew yang dilahirkan pada Hari Valentine, dibaham hingga satu anggota tubuhnya putus di rumahnya di Dorchester County.

Aiden berada di dalam buaian sementara bapanya lena bersama anaknya yang lain. Ibu bayi malang itu, Chantel McGrew memberitahu polis, dia pulang dari temujanji di klinik dan menemui bayinya yang berlumuran darah terbaring di lantai dengan kakinya terputus.
Polis berkata, anjing itu yang baru saja dipelihara oleh keluarga itu kini dikurung di balai polis sementara menanti hasil siasatan. - Agensi