Bayi maut tersedak susu

Bayi maut tersedak susuGEORGETOWN - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai kerana tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Desa Permata, Paya Terubong di sini petang tadi.

Difahamkan, apabila mendapati bayi tersebut, Lau Yi Yang tidak sedarkan diri selepas minum susu kira-kira jam 6 petang, pengasuhnya membawa bayi itu ke sebuah klinik berhampiran.

Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.

Sinar Harian juga difahamkan, ibu bapa bayi berkenaan yang bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu dan anak mereka kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tujuan bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya menunggu laporan bedah siasat bayi berkenaan.-HarianMetro
Bayi maut tersedak susu