Drogba bantu Chelsea atasi Barcelona

LONDON: Didier Drogba menjaringkan gol pada masa kecederaaan separuh masa pertama untuk Chelsea menewaskan juara bertahan Barcelona 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stamford Bridge. 

Gol itu menhyusul apabila Frank Lampard merampas bola daripada bintang Barca, Lionel Messi, di bahagian tengah dan mengumpan kepada Ramires di sebelah kiri.
Pemain Brazil itu kemudian mengumpan kepada Drogba untuk merembat melepasi penjaga gawang Barca, Victor Valdes. Ia adalah gol Drogba ke-38 dalam saingan Liga Juara-Juara.
Perlawanan kedua akan berlangsung di Camp Nou Selasa depan dan pemenang akan menemui sama ada Real Madrid atau Bayern Munich di final. - AFP