Jual bayi di bar


BERKAS...suspek yang ditahan, semalam.
BERKAS...suspek yang ditahan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan diselamatkan polis ketika dalam proses untuk dijual dengan harga RM4,000 oleh seorang lelaki Myanmar kepada seorang wanita tempatan di sebuah bar di Jalan Hang Kasturi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, polis menahan lelaki Myanmar terbabit yang berusia 30-an untuk siasatan lanjut.
Sumber polis berkata, sebelum serbuan ke bar itu dilakukan, polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki tempatan yang menerima tawaran untuk membeli bayi berusia empat bulan daripada lelaki Myanmar terbabit.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan ke bar yang dikenal pasti pada waktu ‘urus niaga’ dirancang iaitu pada jam 4.30 petang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang lelaki Myanmar mendukung seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan berunding dengan seorang wanita tempatan.-mymetro