'Larangan' pondan di TV cetus kekeliruan

Isu berhubung larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum.-Malaysiakini