NKRA Kos Sara Hidup



Sebelum ini banyak kampung-kampung di Malaysia yang sudah saya lawati dan sesetengahnya didiami oleh masyarakat yang tergolong daripada golongan berpendapatan rendah dengan gaya hidup yang hampir primitif. Salah satu kampung yang saya paling ingat ialah Kampung Bantal. Sesuai dengan namanya, orang ramai yang melalui kampung itu terpaksa berjalan kaki jauh untuk sampai ke kampung itu, dan sebelum dapat meneruskan perjalanan, mereka akan rehat dahulu di Kampung Bantal. Penduduk di sini hidup dengan keperluan yang asas dan pendapatan mereka yang rendah menjadikan kehidupan mereka lebih sukar untuk tempuhi.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, saya tidak harus membiarkan masyarakat yang sama seperti penduduk di Kampung Bantal ini tercicir daripada pembangunan negara. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) “Perangi Kos Sara Hidup Yang Kian Meningkat” (Kos Sara Hidup) adalah cara bagaimana saya memastikan bahawa isu-isu pendapatan Rakyat dipelihara.
Di bawah NKRA ini, pelbagai langkah diperkenalkan untuk membantu Rakyat, terutamanya golongan miskin dan kaum buruh dalam meringankan beban kewangan mereka. Dari tahun 2010 sehingga 2011, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM36.7 bilion untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada Rakyat, dengan subsidi yang diberikan untuk mengekalkan harga petrol RON 95 pada RM1.90 seliter, gas memasak, gula, dan lain-lain keperluan harian.

Sebagai tambahan, saya juga telah mengumumkan pemberian pakej bantuan kewangan sekali bayar (atau lebih dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M) sebanyak RM500, bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan. Sebanyak 4,78 juta isi rumah di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada bantuan ini. Matlamatnya adalah untuk membantu golongan miskin dan buruh, seperti penduduk-penduduk Kampung Bantal yang berpendapatan kurang daripada RM800, untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah, saya telah mendengar kebimbnagan anda maka pada awal tahun ini, bantuan sebanyak RM100 telah diedarkan bagi setiap kanak-kanak yang bersekolah untuk mengurangkan perbelanjaan “kembali ke sekolah” mereka. Inisiatif itu keseluruhannya merupakan bantuan sebanyak RM530 juta yang telah disalurkan kembali kepada Rakyat. Langkah-langkah inovatif yang lain, seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia juga telah dilancarkan di bawah NKRA Kos Sara Hidup.

Rakyat Malaysia yang bertungkus lumus bekerja tidak harus dihukum dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, dalam bekerja keras untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, Kerajaan yang saya ketuai ini, tidak akan menjejaskan kepentingan golongan miskin dan buruh. Saya akan melakukan yang terbaik untuk menangani kenaikan kos dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya terhadap Rakyat melalui proses transformasi. Teruskanlah bersama saya, dan marilah bersama berganding bahu mengubah negara ini menjadi negara yang lebih makmur!



http://1malaysia.com.my/my/blog/cost-of-living-nkra/trackback/