Scha Gembira Menjelang Perkahwinan

scha


MH Online baru sahaja menghubungi pasangan selebriti yang bakal melangsungkan perkahwinan pada empat Mei depan iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Teruja dengan majlis kahwin yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi, Scha memberitahu bahawa pada majlis ini nanti, dia akan mengenakan tiga persalinan busana pengantin ilham pereka terkenal, Syaiful Baharim.

"InsyaAllah, Scha akan mengenakan satu persalinan untuk akad nikah dan dua persalinan untuk majlis sanding nanti. Doakan semuanya berjalan lancar," pinta Scha yang mengakui tenang dalam menghadapi majlis kahwinnya tidak lama lagi.

Tahniah Schawal daripada MH.-MH