Shila Amzah Jawab Isu Gedik


shila



Ekoran timbulnya isu penyanyi lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah yang dikatakan beraksi ‘gedik’ bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini, MH Online menghubungi si empunya diri untuk mendapatkan penjelasannya.

“Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius,” katanya jujur.-Mediahiburan