Subsidi Petrol / Petrol Subsidy



Harga minyak mentah telah naik baru-baru ini akibat ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah. Dalam keadaan ini, Kerajaan terpaksa mengambil keputusan dengan pantas sama ada ingin membenarkan harga minyak tempatan naik mengikut kadar pasaran seperti yang berlaku di kebanyakan negara jiran kita, atau untuk terus memberikan subsidi kepada RON 95, agar harganya kekal pada RM1.90 seliter seperti sekarang.

Saya berpegang teguh kepada prinsip bahawa kepentingan Rakyat perlu diberikan keutamaan dalam proses-proses membuat keputusan oleh Kerajaan. Kos pengangkutan merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan harian Rakyat, terutamanya bagi mereka yang menetap di bandar. Oleh itu tanggungjawab terletak di tangan Kerajaan untuk memperlahankan dan menguruskan kos bahan api yang semakin bertambah tanpa menjejaskan perbelanjaan lain yang sudahpun diperuntukkan bagi pembangunan.

Untuk mengekalkan RON 95 pada kadar semasanya, Kerajaan telah menambahkan lagi subsidi petrol sebanyak hampir 10%. Selain belanjawan tambahan yang telah dibentangkan oleh Kerajaan itu, Kerajaan juga perlu berusaha dengan lebih keras untuk meningkatkan pelaburan asing dan tempatan melalui Program Transformasi Ekonomi untuk mengimbangkan perbelanjaan jangka masa panjang, serta mempelbagaikan pendapatan Kerajaan.

Pada masa yang sama, ekonomi dunia juga sedang mengalami kemelesetan, yang disebabkan oleh krisis Euro Zone dan Amerika Syarikat. Adalah menjadi kewajipan bagi saya untuk mengurangkan kesan kemerosotan global sedemikian kepada rakyat Malaysia, serta pada masa yang sama mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Dasar-dasar subsidi petrol RON 95 sentiasa diberikan pertimbangan utama oleh Kerajaan kerana ianya menjejaskan perbelanjaan harian Rakyat.

Namun, tidak dapat dielakkan, penyelesaian jangka panjang kepada masalah kenaikan harga petrol adalah untuk mengurangkan pergantungan kepada petrol itu sendiri. Kerajaan sedang bekerja keras untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam bagi menyediakan alternatif pengangkutan awam yang lebih baik kepada pengguna-pengguna kenderaan persendirian. Bagi meningkatkan perkhidmatan KTM komuter, sehingga kini, 38 set tren komuter enam gerabak EMU yang baru telah dibeli di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar. Sistem LRT 2-Koc Kelana Jaya sudahpun ditambahbaik dengan beberapa unit-unit 4-Koc Pelbagai yang baru selain kerja-kerja pemanjangan trek yang sedang dalam proses pembinaan.

Penumpang-penumpang jarak jauh juga boleh memanfaatkan perkhidmatan tren ETS dua trek yang kini menyediakan perkhidmatan perjalanan dari Seremban ke Ipoh, dan pada masa yang terdekat nanti, ke Pulau Pinang dan Perlis juga.

Pada kesimpulannya, dalam menangani isu pergantungan terhadap petrol ini, Kerajaan perlu berganding bahu dengan Rakyat. Sedang kami berusaha untuk memastikan harga minyak terus berada pada munasabah dan memperbaiki pengangkutan awam, kami juga memohon sokongan dan timbang rasa anda. Untuk itu, terima kasih saya ucapkan.-Blog PM
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Recently the price of Crude Oil rose as a result of political instability in the Middle East. With that in mind the government had to decide swiftly on whether to allow the price to rise following the market rate like most of our neighbouring countries, or to subsidise the RON 95, maintaining it at the present rate of RM 1.90 per litre.

I cling to the principle that the Rakyat’s interest always takes priority in the government’s decision making process. Transportation costs make up a considerable proportion of the Rakyat’s daily expenses, particularly for the urbanites. Therefore the onus is on us, the Government to slow down and manage the ever escalating fuel cost, without jeopardising other budgeted expenditures on development.

To maintain the RON 95 at its current rate, the government increased petrol subsidy by almost 10%. On top of the tabled supplementary budget proposed by the government, the government will have to work harder to increase both domestic and foreign investment through the Economic Transformation Programme, in order to balance off the expenditure in long run, as well as to enlarge the revenue base of the Government.

At the same time, the world economy is experiencing recession, mainly attributed to the Euro zone crisis and the USA. It is my incumbent duty to mitigate the impact of such global downturn on Malaysians, as well as to maintain persistent economic growth at the same time. The Government always accords paramount consideration when it comes to subsidy policies on RON 95 petrol, because it affects the Rakyat’s daily expenses.

Inevitably, the long term solution to this problem of escalating petrol price, is to reduce dependency on petrol. The Government is working hard on improving the public transport system to provide a better public transport alternative to private vehicle users. To date, 38 new sets of EMUs six-carriage commuter trains have been purchased under the Urban Public Transport NKRA to improve the KTM commuter services. The 2-coach Kelana Jaya LRT is now supplemented with new fleets of 4-coach multiple units, and rail track extensions are also on the process. Long-distance travellers can also make use of the new double tracked ETS train services which now runs from Seremban to Ipoh, and to Penang and Perlis in the near future.

In conclusion, the government must work hand in hand with the Rakyat to properly manage the issue of petrol dependency. While the government endeavours to ensure affordable fuel price and improve the public transportation, we also seek for your support and understanding. For that I thank you.