Tahniah! Isteri Nabil Hamil 5 Minggu

nabil

MH Online mendapat perkhabaran gembira daripada Nabil dan isterinya Zira. Ketika dihubungi sebentar tadi, Zira sendiri mengesahkan berita mengenai kehamilannya yang baru menjangkau lima minggu.

"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira yang mengakui Nabil cukup teruja apabila mengetahui yang dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.- MH Online