Penjaja lecur seluruh badan

Penjaja lecur seluruh badan
KOTA BHARU - “Saya terdengar suami menjerit meminta tolong, dan bila saya masuk ke dalam stor memasak tempat dia berdiri, saya tengok keseluruhan badanya melecur dan dia mengerang kesakitan,” kata isteri mangsa kebakaran di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, Faridah Salleh, 47.

Ketika kejadian pada jam 12.45 tengah hari, mangsa, Wan Masri Wan Mahmood, 60, berada di dalam stor terbabit memindahkan gas dari tong gas memasak seberat 12 kilogram ke dalam tong yang lebih kecil bagi memudahkan dia berniaga kacang rebus.

Menurut Faridah, ketika kejadian dia berada di luar stor terbabit meninjau keadaan pokok yang ditanam di kawasan persekitaran.

“Kejadian terlalu pantas dan saya tergamam apabila terdengar suami menjerit. Saya terus menerpa ke arahnya dan terkejut apabila melihat beberapa bahagian badanya termasuk dada, belakang dan kepala melecur,” katanya.

Faridah berkata, tanpa berlengah dia terus dapatkan anaknya Muhammad Fahmi, 17,yang ketika itu berada di dalam rumah bersama kakaknya, Wan Nurfahana, 22 bagi mendapatkan bantuan bomba dan ambulans.

“Tidak saya sangka, kejadian ini menimpa suami yang sudah lebih 10 tahun menjual kacang rebus. Dia sebenarnya sudah biasa melakukan kerja-kerja memindahkan gas dari tong besar ke tong kecil setiap kali sebelum keluar berniaga berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Ini merupakan kejadian pertama sepanjang dia menjalankan perniagaan menjual kacang rebus dan saya harap keadaannya stabil dan tidak mengalami masalah komplikasi yang teruk akibat kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan (PBK II) Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.47 tengah hari.

“Sebuah jentera dengan lima anggota dihantar ke tempat kejadian yang tiba kira-kira jam 1 petang. Kebakaran berjaya dikawal dalam masa lima minit namun stor memasak terbabit tidak dapat diselamatkan kerana api yang cepat merebak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki punca kebakaran berlaku akibat kebocoran tong gas semasa peniaga terbabit memindahkan gas ke tong yang lebih kecil.

“Mangsa mengalami lecur hampir 60 peratus di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) untuk menerima rawatan susulan,” katanya.-Sinarharian

151 PEGAWAI PENGUATKUASA DIPECAT - NAZRI

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Seramai 151 anggota penguatkuasa
berpangkat pegawai dipecat dari 2008 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
    Daripada jumlah itu, seramai 51 orang dipecat pada 2008 iaitu lapan dari
Kastam Diraja Malaysia (KDRM), lima (Jabatan Imigresen) dan 38 anggota Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
"Seramai 44 lagi dibuang kerja pada 2009 iaitu sembilan pegawai KDRM dan 35
anggota PDRM ," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut)
pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
     Katanya seramai 56 orang lagi diberhentikan kerja pada 2010, yang meliputi
47 pegawai PDRM dan sembilan daripada Jabatan Imigresen. -- BERNAMA

Warga emas mati ditanduk lembu ketika baiki kandang

Seorang warga emas mati akibat ditanduk seekor lembu ketika sedang membaiki kandang ternakan itu di kawasan Perindustrian Bukit Raja di Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Shukor Sulong berkata kejadian pada pukul 7.30 malam itu mengakibatkan Tan Chai Tiam, 69, mati akibat cedera parah pada bahagian dada.

Menurut saksi kejadian, Tan enggan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun setelah keadaannya semakin lemah, saksi menghubungi ambulans.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10 malam di tempat kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dilaporkan oleh pemilik ladang berkenaan Sukhpal Singh, 71.

Mayat Tan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dan telah dituntut oleh anaknya.

Tan difahamkan sering mengambil upah membaiki dan membina kandang lembu di kawasan sekitarnya.

- Bernama

Ketua Ahmad 100 dakwa dirinya wali

ahmad
SHAH ALAM - Seorang lagi bekas pengikut ajaran sesat ini, Kamal (bukan nama sebenar), 32, memberitahu,dia mula mengikut aktiviti Ahmad sejak 2004 dan dibuang kumpulan itu kerana dikatakan tidakmenerima ajarannya dengan ikhlas.

Menurutnya, dia mula menyedari ajaran Ahmad terpesong selepas lelaki itu gemar duduk di atas al-Quran setiap kali berceramah menyebabkan dia mula sangsi dengan Ahmad.
“Dia menyamakan dirinya sebagai wali dan boleh bercakap serta berunding dengan ALLAH mengenai banyak perkara selain sering ke langit bertemu Nabi,” katanya.

Kamal berkata, setiap kali menerima gaji, kesemua duit gajinya diserah kepada Ahmad sebagai ‘infak ‘ ke jalan diredai ALLAH dan semua pengikutnya turut berbuat perkara sama.

“Sudah empat generasi menuntut ajarannya yang dikatakan membawa ahli ke syurga.

“Apa saya faham, ‘100’ adalah daripada ‘99’ nama ALLAH dan ‘1’ mewakili namanya yang menggenapkan kesempurnaan nama ALLAH dan disebabkan itu timbul Ahmad 100,” katanya.

Menurutnya, Ahmad juga menggelar dirinya Raqim (orang yang boleh memimpin dunia dan akhirat) dan menganggap sifat dan pergerakan dirinya adalah pergerakan ALLAH.

Sepupu pelik ajaran makin terpesong Muhd Hasnul (bukan nama sebenar), 26, yang merupakan sepupu Ahmad memberitahu dia pada mulanya mengikut Ahmad untuk mendalami
ilmu agama, namun mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu selepas melihat ajarannya kian terpesong.

Ajaran Ahmad 100 dilengkapi beberapa program antaranya program kahfi (pembentukan hamba), program Yasin, program 10 surah terakhir dan program al-Baqarah.

Katanya, jika sampai kepada tahapnya seseorang itu boleh bertemu dan bercakap dengan ALLAH dan kebanyakan program kerohanian dibuat di kampung di Janda Baik, Pahang.

Di alam roh, Ahmad 100 bersolat berimamkan Nabi Muhammad dan dia sendiri turut mengimamkan tujuh kiblat di alam roh.

“Ahmad mendakwa setiap kali dia bersolat, dia memilih kiblat tertinggi Nabi Muhammad,” katanya.

Menurutnya, dia pernah beberapa kali menasihati Ahmad supaya kembali ke pangkal jalan, namun tidak diendahkan. Ahmad 100 dikatakan mempunyai pengikut dan pengaruhnya dari Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka.

Ahmad dilindungi pendekar

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian selama seminggu di rumah ketua ajaran sesat itu di Wangsa Maju mendapati penduduk di kawasan itu rata-ratanya tidak mengenali rapat dengan Ahmad dan ajaran sesat dibawanya.

Maklumat diperoleh daripada penduduk setempat mendapati Ahmad tinggal bersama isteri dan anaknya manakala pengikutnya tinggal bersebelahan rumahnya.

Manakala, pendekar atau pengikut setia tinggal berasingan di blok depan rumah Ahmad.

Penduduk berhampiran rumah Ahmad memberitahu, dia tidak mengenali secara rapat, tetapi sering melihat Ahmad dan isterinya pulang bekerja pada lewat petang.

Katanya, di sebelah rumah Ahmad pula, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal bersama beberapa orang bujang yang lain.

“Saya tidak tahu ada gerakan ajaran sesat di sini kerana mereka seperti biasa,” katanya.

Berlainan pula kenyataan seorang jiran, Rosmanani Talib, yang pernah ternampak beberapa pasangan lelaki dan perempuan datang ke rumah tersebut.

“Kadangkala pergerakan mereka sangat mencurigakan kerana terdapat perempuan berpakaian seksi masuk ke rumah itu.

“Kesemua mereka akan masuk ke dalam rumah dengan berkasut dan kebiasaannya mereka datang waktu malam,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mendapatkan maklum balas tentang aduan yang dibuat mengenai kumpulan ajaran sesat itu, namun diberitahu ia masih disiasat.

Dicekup asmara dalam kereta

Dicekup asmara dalam kereta
KOTA BHARU- “Tolong lepaskan kami encik, hanya kali ini sahaja, tolong lah...kami janji lain kali tidak akan buat lagi perkara ini.”
Itulah rayuan yang hampir menitiskan air mata dua wanita selepas ditahan pegawai penguat kuasa dalam Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi semalam di Jalan Sri Cemerlang.
Dalam serbuan di sebuah hotel bajet itu, salah seorang daripada dua wanita juga penuntut kolej kejururawatan, ditahan bersama pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta yang diletakkan di tepi bangunan berkenaan.
Malangnya keseronokan wanita berasal dari Besut berusia 20-an yang asyik berasmara bersama teman lelakinya itu dapat dihidu pegawai penguat kuasa walaupun ketika itu enjin kereta dimatikan.
Ketika pegawai penguat kuasa membuka pintu kenderaan itu didapati baju lelaki berumur 20-an yang bekerja sebagai kontraktor tersebut terbuka serta berada dalam keadaan berpeluh dengan alasannya kepanasan dan kelihatan menggelabah.
Di tempat sama, tiga remaja lelaki juga kenalan penuntut kolej terbabit turut disoal siasat berikutan penemuan beg tangan wanita di dalam bilik tersebut yang difahamkan ditinggalkan oleh rakannya setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang.
Wanita terbabit yang kedua-duanya memakai baju ketat dan tidak bertudung dengan rambutnya diwarnakan memberi alasan dia baru sahaja sampai di hotel tersebut kerana pintu pagar asrama sudah ditutup, lagipun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk.
Pasangan yang ditahan di dalam kereta tersebut diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut dan kedua-dua wanita itu dihantar semula ke asrama mereka selepas operasi tamat.
Sebelum itu, sebuah pusat karaoke di Jalan Padang Tembak yang dipenuhi pengunjung, juga turut diserbu dan dikenakan kompaun serta denda termasuk merampas kelengkapannya bernilai kira-kira RM2,000.
Operasi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) turut melibatkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan polis disertai kira-kira 26 anggota.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussin berkata, operasi pencegahan maksiat akan dijalankan setiap masa supaya perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama boleh dicegah.-SinarHarian

Bekas dekan dakwa isteri lelaki

Isteriku lelaki
KUALA LUMPUR – Bekas dekan institusi pengajian tinggi awam yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Bahrom Sanugi, 61, nekad bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

“Bahrom failkan permohonan faraq (batal nikah) pada 17 Januari 2011 selepas mendapati angka akhir pada sijil lahir Sri Wani bernombor ganjil (bermakna dikhaskan untuk lelaki).

“Dia juga memfailkan permohonan untuk arah Sri Wani jalani pemeriksaan pengesahan jantina. Permohonan dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mahkamah Syariah 1998,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak.

Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.

Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah.

“Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan,” katanya.

Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini.-Sinarharian

Drama cemas suami mahu kelar isteri

SAKDAWUT menghisap rokok sambil mengacukan pisau dekat leher isterinya di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.

BANGKOK - Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.

Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.

Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.

Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.

Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku. - Agensi

'Larangan' pondan di TV cetus kekeliruan

Isu berhubung larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum.-Malaysiakini

Lelaki menyamar pesakit rompak klinik gigi

GEORGE TOWN – Sebuah klinik pergigian di Lebuh Raya Batu Lanchang di sini kerugian lebih RM10,000 dalam bentuk wang dan barang-barang selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pesakit petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timut Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kejadian berlaku pada 4 petang apabila dua lelaki itu datang ke klinik berkenaan kononnya untuk mendapatkan rawatan.

"Semasa itu seorang doktor dan pembantunya, kedua-duanya wanita, berada dalam klinik berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Sebaik dalam bilik rawatan, lelaki itu bertindak mengeluarkan pisau dan meminta doktor serta pembantunya menyerahkan beg duit, telefon bimbit dan barang berharga," katanya.

Kong Meng berkata, doktor terbabit hanya menyerahkan telefon bimbit kerana beg duitnya berada di bilik lain sebelum lelaki berkenaan mengarahkan mangsa mengambilnya.

"Selain sejumlah wang tunai, dua lelaki itu turut melarikan sebuah komputer riba, sebuah iPad, seutas jam tangan dan alat pencabut gigi," katanya. – BERNAMA

Syed Mokhtar: Adakah usaha tambah dana Umno BN?


KUALA LUMPUR, 6 April: Jika benar Syed Mokhtar Al Bukhary mendapat kelulusan untuk membuat kajian terperinci terhadap KTM Berhad, adakah ia satu lagi tindakan menambahkan dana pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN), Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) mempersoalkan.

"Saya diberitahu bahawa Syed Mokhtar telah dapat kelulusan untuk buat due diligence ke atas KTM Berhad, iaitu diberi kebenaran untuk mengetahui semua perkara yang dianggap perlu untuk diketahui berkaitan KTM.

"Perkara itu berlaku ketika dihebohankan bahawa kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang dari penjualan aset-aset tertentu untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.

Antara tindakan yang paling mendapat perhatian sebelum ini ialah apabila Maju Expressway (MEX), lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer baru-baru ini dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holdings Sdn Bhd sedangkan pelaburan asal Pengerusi Eksekutif Maju Group, Tan Sri Abu Sahid Mohamed untuk MEX hanya RM60 juta sahaja.

Mohamad mempersoalkan, adakah apa yang berlaku itu merupakan bailout atau penjualan asset yang dipisah-pisahkan bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan atau asset stripping.

"Adakah apa yang orang korporat kata asset stripping itu juga dapat membantu menambahkan dana pilihan raya Umno BN?" soal beliau.

Berikutan dakwaan bahawa Syed Mokhtar mendapat kelulusan untuk melakukan due diligence ke atas KTM itu, Mohamad bimbang akan wujud raksaksa yang sangat berkuasa ke atas negara ini.

"Saya diberitahu ada khabar angin bahawa Syed Mokhtar telah membuat tawaran membeli PLUS Berhad.

"Kalau KTM dia punya, PLUS pun dia punya, Syed Mokhtar menjadi individu yang sangat berkuasa, menguasai logistik negara serta menjadi orang yang sangat penting ke atas kesejahteraan ekonomi negara.

"Sekarang pun, dengan penguasaan beberapa pelabuhan serta cadangan untuk menguasai pelabuhan lain dalam negara ini, kalau Syed Mokhtar demam, Malaysia boleh pengsan," kata beliau.

Syed Mokhtar menguasai Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor dan Pulau Pinang.

Terdapat pula dakwaaan Syed Mokhtar sedang berusaha untuk mengambilalih Northport Berhad di Pelabuhan Kelang.

"Kalau Syed Mokhtar berjaya kuasai PLUS dan KTM dan 60 peratus dari eksport negara pula adalah melalui pelabuhan-pelabuhan sekitar Selat Melaka yang beliau miliki, bayangkan betapa berkuasanya Syed Mokhtar.

"Banyak pula khabar yang kita dengar bahawa di belakang Syed Mokhtar ialah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad).

"Kalau benar, adakah ia bermakna Dr Mahathir sekarang sedang berusaha habis-habisan untuk menguasai infrastruktur strategik dalam negara ini dan beliau tetap mempunyai kuasa tawar-menawar sekalipun berlakunya keadaan Umno dan BN menghadapi kekalahan?" kata Mohamad.

Beliau melahirkan kebimbangan apa akan terjadi apabila infrastruktur-infratruktur penting negara ini dikuasai oleh Syed Mokhtar yang sering dilaporkan mempunyai tanggungan yang luar biasa besar.

"Beberapa kali saya membaca laporan bahawa syarikat-syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai hutang yang sudah mencecah RM25 juta.

"Kalau Syed Mokhtar tersungkur, ia bermakna kerajaan mesti membantunya dengan memberikan pelbagai geran dan pinjaman mudah dan rakyat jugalah yang akan menanggung bebannya," kata beliau.

Tindakan kerajaan Umno meluluskan Syed Mokhtar menguasai hampir semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara juga merupakan tindakan yang sangat luar biasa, kata Mohamad.

"Kalau semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara Syed Mokhtar yang punya, buat apa lagi ada Kementerian Pengangkutan?

"Juallah dengan menterinya sekali!" beliau menyindir.

Sebelum ini Malaysian Insider melaporkan bahawa pihaknya difahamkan bahawa Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan jijik

PROMOSI HARAM...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI HARAM...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
KAJANG: Iklan haram menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di sekitar Bandar Baru Bangi, di sini, bukan saja menyakitkan mata, tetapi turut menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.
Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan berkenaan menggantung iklan tidak senonoh itu yang dicetak menggunakan bunting kecil pada lampu isyarat.

Taktik itu digunakan pihak terbabit supaya iklan mereka jelas dilihat pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat dan orang yang berminat boleh segera menghubungi nombor dipaparkan.
Tinjauan Metroplus di Bandar Baru Bangi mendapati iklan itu digantung di hampir semua lampu isyarat dan menggunakan nombor telefon bimbit berlainan pada setiap bunting.

Iklan terbabit memaparkan ayat ‘adult toy’ dan ‘ubat kuat lelaki’ turut diterjemahkan dalam bahasa Cina menyebabkan orang ramai terutama wanita berasa jijik membacanya.

Penduduk, Siti Hasmah Othman, 30, berkata dia bimbang remaja dan kanak-kanak cuba membeli peralatan seks dan ubat kuat selepas melihat iklan itu.
“Iklan seperti ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Saya dan penduduk lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat,” katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa mencari langkah untuk menyelesaikan masalah iklan haram kerana ia bukan saja merosakkan pandangan, tetapi mengotorkan kawasan.
Sementara itu, Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd Nor berkata, menggantung iklan di lampu isyarat taktik terbaru pengiklan haram untuk mendapatkan pelanggan.

“Apa MPKj buat sekarang adalah menyerahkan nombor telefon iklan haram ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menamatkan perkhidmatan.

“Tindakan ini menghalang perbuatan itu berulang dan pada masa sama, majlis menurunkan semua iklan terbabit bagi mengekalkan kebersihan persekitaran,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mengetahui pihak majlis mengambil tindakan, pengiklan haram mencetak iklan baru dengan menggunakan nombor berlainan.-hmetro

Proton Preve Model Proton Baru 2012

Proton PreveProton Preve Model Proton Baru 2012. Akhirnya model proton terbaru 2012 telahpun diketahui namanya iaitu Proton Preve. Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri.

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.
Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.
- Bernama

Pondan boleh bersaing jadi ratu

Penaja ‘Miss Universe’ ubah fikiran kriteria kelayakan Jenna Talackova

TALACKOVA (kanan) bergambar dengan peserta Korea Selatan, Mini, dalam pertandingan “Miss International Queen 2010’ di Pattaya, Thailand.
Boleh Tahan
NEW YORK: Penganjur ‘Miss Universe’ mungkin menarik balik keputusan terdahulu yang menghalang seorang pondan menyertai pertandingan ‘Miss Universe’ Kanada 2012. Jenna Talackova, 23, dilahirkan sebagai lelaki menyebabkan pihak penganjur menolak permohonannya mengambil bahagian bulan lalu sebagai peserta akhir pertandingan Miss Universe Kanada pada Mei ini.

Kapas tertingal Dalm Hidung

 SITI KHADIJA menunjukkan laporan polis dan botol yang mengandungi  kapas yang tertinggal dalam hidungnya ketika ditemui semalam.Pelajar dakwa sakit pada bahagian pernafasan, tekak selepas dibedah
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkejut apabila mendapati segumpal kapas sepanjang tujuh sentimeter (cm) tertinggal dalam hidungnya, selepas seminggu menjalani pembedahan hidung bagi merawat masalah sinus di sebuah hospital swasta di sini. Siti Khadija Aziz, 24, berkata, beliau menjalani rawatan pada 14 Mac lalu selepas mengalami selsema dan sakit tekak sebelum doktor hospital berkenaan mengesahkannya mengalami sinus dan perlu menjalani pembedahan segera.

Khalwat 2 kali dalam 10 jam

Malam buat maksiat di rumah sewa, pagi dicekup lagi di motel

PASANGAN remaja ditahan  dua kali dalam tempoh 10 jam   di hotel murah dan rumah sewa sekitar  Kubang Pasu, semalam.PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu, semalam.JITRA: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam. Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam.

Kisah penipuan Umno BN menjelang pilihan raya

Penipuan Umno-BN untuk dalam pilihan raya bukanlah perkara baru. Setiap kali Pilihan Raya Umum berlangsung, pelbagai cerita didengar dan pelbagai kaedah penipuan dilaksanakan. Sama ada cerita itu memang berlaku atau sebaliknya, hanya yang terbabit sahaja yang mengetahuinya.

Namun dalam-dalam banyak cerita itu, saya berpeluang mengetahui salah satu pembohongan tersebut. Peristiwa ini berlaku dalam pilihan raya umum 1986. Selepas pembubaran parlimen, kesemua parti yang bertanding berkempen untuk menarik perhatian pengundi. Ketika itu saya bersekolah menengah tetapi bukanlah orang yang jahil tentang perkembangan semasa.

Harga RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 seliter

Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.
Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun,harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya

Gambar Terbaru Zizan Beli Kereta Evo 10 Baru

Menurut sumber dilaporkan bahawa Kereta model Evo 10 yang Zizan beli bukanlah macam spec biasa daripada kilang tetapi telah dituned dengan Performance Part M7. Setelah dituned, kuasa kuda (horse power) kereta ni boleh mencecah sehingga 480hp. WOW!! laju giler beb! tp laju2 sangat pon ape gune nnt bederet saman.. hehe jom nengok gambar zizan beli kete baru beb..

Bayi maut tersedak susu

Bayi maut tersedak susuGEORGETOWN - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai kerana tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Desa Permata, Paya Terubong di sini petang tadi.

Jalan raya, pilihan raya tuntut mansuh PTPTN

KUALA LUMPUR, 2 April: Jalan raya dan pilihan raya, kedua-duanya mesti jadi pilihan untuk menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"(Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri) Khaled Nordin suruh mahasiswa yang mahu menuntut pemansuhan PTPTN supaya menggunakan peti undi dan bukan demonstrasi

Turki tiada minyak tapi mampu beri pendidikan percuma – Anwar

KUALA LUMPUR: Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

Khutbah Yang Memberi Motivasi

Sebuah khutbah yang penuh motivasi dan memberi keinsafan kepada kita. Luangkan masa anda menonton dan hayatinya. Anda akan dapat sesuatu daripadanya. Islam itu untuk semua. Bukan untuk orang Melayu atau Arab sahaja. Sebuah kisah benar pada bulan Ramadhan-video di dalam....

Kakitangan awam boleh semak pelarasan gaji di web JPA

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Perhimpunan tuntut mansuh pinjaman PTPTN bulan depan

Perhimpunan menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan diadakan di ibunegara pertengahan bulan depan.
Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata 'Himpunan Mansuh PTPTN' disokong oleh 10 kumpulan gabungan mahasiswa - antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

(Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali]. Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan)

Awas! Lelaki asid kembali

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.

80 peratus keldai dadah rakyat Malaysia terdiri dari golongan lelaki

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus daripada kalangan rakyat Malaysia yang dikesan terlibat menjadi keldai dadah adalah terdiri daripada golongan lelaki.
Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Luar, Neow Choo Seong berkata, laporan dari Bahagian Konsular Wisma Putra itu membuktikan bilangan lelaki adalah golongan tertinggi terlibat menjadi keldai dadah berbanding wanita iaitu hanya 20 peratus.
"Bila bercakap mengenai keldai dadah, tentu kita akan terbayangkan wanita selalunya yang akan jadi mangsa atas faktor terjerat dalam percintaan atau mengejar kemewahan.

Kes penipuan cinta siber dan belian online meningkat di Selangor

SHAH ALAM: Kes penipuan cinta siber dan belian secara online mencatat kenaikan di Selangor tahun lepas, kata polis.
Supt Siasatan 1 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Selangor, Supt Ng Keok Chai berkata, sebanyak 188 kes penipuan cinta siber dicatat tahun lepas berbanding 239 kes tahun sebelumnya manakala kes penipuan belian online ialah 445 kes, berbanding 274 kes pada 2010.

Rebat elektrik RM20 ke bawah dilanjutkan hingga akhir tahun

PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebat elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.
Beliau berkata, 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebat itu.

Curi basikal fixie, dua sahabat didenda RM2,000

KUALA TERENGGANU: Gara-gara mencuri sebuah basikal bernilai RM480 milik seorang pelajar sekolah, dua sahabat didenda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Mohammad Hafizuddin Syed Rahillah, 21, dan Wan Mohammad Azimi Wan Azamuddin, 20, selepas mereka mengaku salah melakukan kesalahan itu.

BR1M, BB1M tidak guna wang subsidi: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menafikan dakwaan pembangkang kerajaan menggunakan subsidi bagi menampung dana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).

Semak Semula Akta Mahkamah Syariah

Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Sokong Syariah (Gesa) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya Parlimen menyemak semula Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak - 1988). Akta ini yang terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia membantutkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Malah ia bertaraf jauh lebih rendah dari undang-undang sivil.

 Mengikut bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada, di bawah undang-undang negeri, undang-undang tersebut hanya terpakai ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam.

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.
Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.

Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama

(Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan)
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja

Pasangan ditahan salah guna FB

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan suami isteri yang mewujudkan laman Facebook untuk tujuan bertukar-tukar pasangan, lapor akhbar Sabtu lalu.

“Laman Facebook itu untuk bertukar pasangan yang dihasilkan oleh seorang akauntan dan isterinya, menarik minat beberapa pasangan lain,” kata pegawai keselamatan di jabatan polis Giza, Omar Abdul Al, dipetik sebagai berkata oleh akhbar al-Masry al-Youm.

Tekanan keluarga dan pernah dihalau faktor remaja lari dari rumah

KUALA LUMPUR: Tekanan keluarga serta pernah dihalau menjadi faktor pendorong bagi golongan remaja bertindak untuk melarikan diri dari rumah, menurut dapatan satu kajian yang dikeluarkan hari ini oleh sebuah badan sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Mohd Fadzil, berkata berdasarkan kajian yang dijalankan pada 2010 itu, didapati sebanyak 37.2 peratus daripada 379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.

SPRM siasat semua kes dakwaan rasuah

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi jaminan semua kes membabitkan dakwaan rasuah akan disiasat, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Beliau berkata, selagi kes itu dalam lingkungan Akta Anti Rasuah 2009, ia akan disiasat tanpa rasa takut dan memihak dan tanpa mengira siapa yang terbabit.
Katanya, siasatan tidak hanya terbatas kepada laporan rasmi yang dibuat tetapi suruhanjaya itu juga akan mengumpul dan menilai maklumat daripada saluran lain termasuk akhbar dan Internet bagi dakwaan rasuah.

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Farid Amirul

PUTRAJAYA: Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K N Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya.

Tambahan 10 sen untuk subsidi petrol RON95

Kerajaan menaikkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen pada bulan ini - kepada RM1.03 seliter - ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Menurut The Star hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata harga RON95 kekal pada RM1.90 seliter.
Kali terakhir kerajaan menyemak harga RON95 - dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter - ialah pada bulan Disember 2010.
Sementara itu Bernama memetik Ismail berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat.

Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah seks

Zullias diiringi keluar dari mahkamahSeorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Dua lagi wanita jadi mangsa simbah asid

Sekadar Hiasan
Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat Kuala Lumpur petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki

Makan, jual daging rakan

MOSCOW: Seorang lelaki Russia membunuh dan memakan mayat rakan minumnya, selepas dia dan rakan yang lain kehabisan makanan dalam satu pesta arak.
Lelaki itu kemudian menjual lebihan mayat rakannya itu di pasar dengan mengatakan ia daging babi.
Lelaki itu, 35, mengaku menikam rakan minumnya yang berusia 41 tahun itu hingga mati sebelum melapah, memasak dan makan mayat mangsa.

Ayah Pin Mulut Herot

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Joget mabuk disko desa -Di Parit

Sekadar Hiasan
PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.

PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Penggunaan Baucar Buku 1Malaysia dilanjutkan sehingga 30 April ini

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melanjutkan tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BR1M) yang berakhir pada 31 mac ini dilanjutkan kepada 30 April depan.

24,000 ahli KWSP guna wang caruman untuk daftar haji

KUALA LUMPUR: Sejak dilancarkan 3 Januari lalu, seramai 24,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan caruman mereka untuk mendaftar mengerjakan haji.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata kemudahan itu bertujuan memberi peluang kepada ahli KWSP yang berpendapatan rendah menunaikan rukun Islam yang kelima.

JPNT nafi kecermelangan UPSR Terengganu akibat soalan bocor

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) menafikan tohmahan yang tersebar bahawa kecemerlangan yang dicapai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) negeri itu disebabkan soalan bocor

Tarian Tiang Dibayar Mahal

NILAI – Hanya 10 minit menari dengan menampilkan aksi ghairah di hadapan tetamu, seorang penari tarian tiang di sebuah pusat hiburan mampu meraih bayaran lumayan sehingga RM250.

Fatiah Dakwa dirogol

PEKAN - Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi Pekan.

‘Terkena sihir’

KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur.
Wanita berusia 57 tahun itu kini hanya mampu berdoa supaya tiga anak perempuan yang berusia 30-an bersama enam cucu berusia antara dua dan 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga.

Rumah Mawi Dirompak

BANGI – “Jangan bising.. duit, emas”. Hanya itu yang diungkapkan empat perompak yang memecah masuk kediaman penyanyi terkenal negara Asmawi Ani, 30, atau lebih dikenali Mawi, di Bangi Golf Resort dekat sini kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam

Rumah Mawi Di Bangi Kena Rompak pagi Tadi

Berita mengejutkan! Kediaman penyanyi popular, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi telah dirompak dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, Mawi berada di rumah bersama isteri, anak dan ibu mertuanya.

Pasangan enggan lakukan seks dianggap kejam

NEW DELHI: Pasangan kelamin yang enggan melakukan hubungan seks, dianggap zalim oleh Mahkamah Tinggi di Delhi dalam satu kes rayuan untuk perceraian.
Mahkamah mengisytiharkan keengganan melakukan seks itu berasas setelah si suami berkata isterinya enggan tidur bersama di malam pengantin dan hanya membenarkan melakukan hubungan 10 hingga 15 kali, dalam masa lima bulan.

Bank Rakyat umum dividen 15%, bonus saham 5%

KUALA LUMPUR 26 Mac - Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011.

3 juta pendeposit Tabung Haji masih tidak menamakan waris

KUALA LUMPUR: Kira-kira tiga juta daripada lebih tujuh juta pendeposit Tabung Haji masih tidak membuat penamaan waris.

Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya Secara Live

Satu kejutan telah berlaku dalam sejarah penyiaran malaysia tahun ini apabila seorang artis telah melamar secara terbuka di dalam salah satu saluran berbayar tv terkemuka di malaysia.Artis yang dimaksudkan adalah Awal Ashaari.

Kadir: 'Serangan media perdana usaha terancang'

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir mendakwa serangan dan kecaman media massa arus perdana ekoran kritikannya terhadap Umno dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".

Kes anak menteri: Siasatan tak berat sebelah penting

Pihak polis digesa menjalankan siasatan secara bebas dan tidak berat sebelah berhubung dakwaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

3 juta pendeposit Tabung Haji masih tidak menamakan waris

KUALA LUMPUR: Kira-kira tiga juta daripada lebih tujuh juta pendeposit Tabung Haji masih tidak membuat penamaan waris

Teksi Jahanam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

3 mak nyah diarah solat berjemaah

LANGKAWI: Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin.

Hisap Dadah Atas Kubur

NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Kakitangan perubatan lakukan seks oral dengan pesakit

PAKA (Terengganu) – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kes khalwat belia paling tinggi

GOMBAK – Tangkapan membabitkan kes khalwat masih mencatatkan angka tertinggi di antara kesalahan utama jenayah syariah direkodkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2011 iaitu sebanyak 1,734 kes

Solat Jumaat Berkaki Ayam

KUALA KUBU BHARU – Pergi solat Jumaat pakai selipar buruk atau sanggup berkaki ayam untuk ke masjid.
Itu langkah paling selamat diambil kebanyakan lelaki ketika mahu menunaikan solat Jumaat kerana takut selipar atau kasut hilang atau dicuri.

4 Sekeluarga dirompak dalam rumah

BAYAN LEPAS: Empat sekeluarga di Sungai Ara di sini mengalami kerugian lebih RM20,000 apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang awal pagi ini.

Ibu tikam bayi baru lahir, buang dalam semak

JAKARTA - Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.
Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu

Pelik duit jatuh dari langit

SUNGAI SIPUT (U) – Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang, di sini apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit.
Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana.

Budak dilari bersama kereta diselamatkan polis dalam 7 minit

MELAKA TENGAH: Hanya tujuh minit. Itulah tempoh polis daerah ini menyelesaikan kes sebuah kereta yang dinaiki seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dilarikan seorang penjenayah di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya di sini, petang semalam.

Allahyarham Mohd Razif dianugerah Tokoh Takaful 2012

BEKAS Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Allahyarham Datuk Mohd Razif Abd Kadir dianugerahkan sebagai Tokoh Takaful 2012.
Penganugerahan itu yang dibuat pada majlis Malam Anugerah Takaful 2012 anjuran Persatuan Takaful Malaysia semalam adalah bagi mengiktiraf usaha dan jasa Allahyarham terhadap industri kewangan negara.

Ramai penduduk Islam Britain guna Syariah

LONDON: Hukuman jenayah berat seperti sebat dan rejam dengan batu mungkin dilaksanakan ramai penduduk di Britain sekiranya undang-undang Islam dibenarkan di negara itu.

Hakim arah tutup halaman Facebook

Hina nabi, al-Quran dan agama lain
DHAKA: Sebuah mahkamah Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa menutup lima halaman Facebook dan sebuah laman web kerana menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran dan beberapa agama lain.

Anwar Menanti Keputusan Najib dan Raja Petra Untuk Berdebat.

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Menurutnya, pengasas Wikileaks, Julian Assange menyatakan bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut.
"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

PNB umum dividen 6.5 sen untuk ASM

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu adalah lebih tinggi daripada 6.38 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Kesan krisis hutang kerajaan Eropah masih boleh diurus: Bank Negara

KUALA LUMPUR: Kesan krisis hutang kerajaan di Eropah yang menimbulkan risiko utama kepada pertumbuhan dalam negeri yang lebih perlahan masih boleh diruskan setakat ini, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam Laporan Tahunan 2011, BNM berkata walaupun Malaysia terus menghadapi risiko daripada krisis hutang Euro yang bertambah buruk, ekonomi negara mempunyai penampan yang mencukupi untuk menghadapi kejutan yang berpunca dari persekitaran luaran.

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.
"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

RM280,000 dalam 10 minit

KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Hutang isi rumah akan terus dipantau rapi: Bank Negara

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau rapi perkembangan paras dan profil hutang isi rumah negara dengan langkah-langkah yang sudah diambil akan terus menambah baik daya tahan sektor berkenaan.

Huruf Alif Dalam Ayat Quran Ganti Logo 1Malaysia?

Kami tak pasti apa tujuan & motif memaparkan ayat Quran yang mahu disertakan sekali dengan logo 1Malaysia merujuk kepada gambar di atas. Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.
Ayat Al-Quran ini telah dikesan berada di sebuah surau Al-Badar yang terletak di kawasan Lembah Pantai.

Pelaburan mengikut islam


Melaburlah dengan Pelaburan Islam

Lelaki lemah dengan wanita

NEW YORK: Lelaki bukan saja berdepan masalah penurunan kekuatan mental apabila dikelilingi wanita, malah akan mengalami masalah itu walaupun cuma memikirkan mengenai mereka, menurut satu kajian baru.
“Dengan kehadiran wanita, lelaki kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka tidak dapat berfikir lurus apabila dikelilingi wanita,” lapor akhbar New York Daily News.

Main Pondok-pondok keluar anak

Main pondok-pondok,masuk tido dalam,kalau budak umur 5 tahun takpa pasal takde nafsu,tapi bila yang main pondok-pondok umur 25 tahun,ada nafsu maka akan keluarlah anak pondok

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.